fbpx

Masa depan Jijoe bakal terjawab esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada arena profesional bagi memberi lebih tumpuan kepada keluarganya.

TEKA-teki mengenai hala tuju jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sama ada kekal berkayuh atau sebaliknya bakal terjawab esok.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, satu sidang media khasmelibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan dibuat bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurutnya, badan induk itu memilih untuk menghormati proses perbincangan yang sedang berlangsung dan enggan membuat sebarang kenyataan lebih awal.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tetapi dalam masa 48 jam, semua akan terjawab.

“Sidang akhbar akan diadakan Sabtu ini (esok) sekitar pukul 4.30 petang bersama YB Menteri (Hannah Yeoh), Azizulhasni dan semua pihak berkaitan,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Jersi Rasmi antara Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dengan ISport bermula 2025 hingga 2029 semalam.

Spekulasi mengenai masa depan Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe timbul selepas namanya tiada dalam program Road to Gold (RTG) sekali gus mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat sukan tanah air.

“Saya sokong sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh Azizulhasni, beliau telah banyak menyumbang kepada negara,” tambah Amarjit.

Selepas berakhir Sukan Olimpik Paris 2024, Azizulhasni pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan karier profesional, namun tertangguh disebabkan pujukan jurulatihnya, John Beasley serta rakan sepasukan untuk beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Bagaimanapun, Azizulhasni merasakan dia memerlukan masa untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di LA28 atau bersara sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI