fbpx

Jurutera didakwa rakam video ‘terlampau’ bekas kakak ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON/KOSMO!

MELAKA – Seorang jurutera didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merakam video bogel bekas kakak iparnya menggunakan sebatang pen kamera dalam tandas rumahnya, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli.

Lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan mangsa berusia 40 tahun yang ketika itu kakak iparnya dengan merakam video wanita tersebut dalam keadaan bogel menggunakan pen kamera tersembunyi.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 2 petang di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah pada pertengahan Jun 2024.

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Kent Tan Chow Teng bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnnya menanggung dua anak yang masih kecil selain ibu dan bapa.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat dijamin RM4,000 dan menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! pada 14 April lalu melaporkan polis mengesan seorang lelaki dipercayai merakamkan video dan gambar bekas kakak ipar serta anak saudaranya mandi dalam tandas menggunakan kamera pengintip berbentuk pen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI