fbpx

‘Aslam oh Aslam, dari kes kantoi aku dah lempang kau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL turut menyifatkan Aslam sebagai lelaki tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Bagai sinetron tiada penghujung, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria pernah memberi amaran kepada Aslam agar tidak menganggu anak tirinya, Marissa Dania sebelum mereka berkahwin secara rahsia di Thailand.

Lebih teruk, Faizal atau lebih mesra disapa Jai mendedahkan pernah menampar lelaki itu tetapi tidak mendedahkan lebih lanjut tentang butiran tindakannya sehingga terpaksa bertindak demikian.

Aslam oh Aslam, selama ini aku diam sahaja asal apa kau buat. Dari awal kes kantoi aku sudah lempang kau siap amaran lagi sampailah kejadian itu.

“Aku tak nak cerita fasal itu,” katanya dalam hantaran Threads.

Berkongsi lanjut, Faizal menegaskan bahawa Aslam tidak pernah memohon maaf atas perbuatannya selain menyifatkan lelaki itu sebagai individu tidak bertanggungjawab.

“Kau sejak kes itu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat.

Yang kau tahu buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun,” ujarnya lagi.

Kongsinya lagi, apa sahaja tindakan Aslam sebelum ini tidak dapat lenyap dalam fikirannya.

“Kau ingat setiap apa yang berlaku boleh hilang macam itu je ke? Maaf ya tidak pernah hilang dalam fikiran aku,” tegasnya.

Semalam, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 47, selain menegaskan keputusan berpoligami adalah untuk menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI