fbpx

4 maut, kereta kabel jatuh lereng gunung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah gondola tergantung di udara selepas salah satu kabel tercabut di Monte Faito, Itali. - EPA

ROM – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala seorang cedera selepas sebuah kereta kabel terjatuh di lereng gunung di selatan Itali, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di lereng Monte Faito, kira-kira 72.42 kilometer ke tenggara Naples. 

Salah satu kabel gondola yang menghubungkan bandar Castellammare ke Gunung Faito pada jarak 3 kilometer dilaporkan terputus, menyebabkan kereta kabel dari arah bawah dan atas terhenti, demikian menurut pihak berkuasa. 

“Empat orang terkorban, manakala seorang lagi mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan. 

“Seorang lagi masih hilang,” kata jurucakap bomba tempatan di platform Telegram. 

Pentadbir tempatan, Vincenzo De Luca berkata, kesemua mangsa merupakan pelancong. 

Pengerusi syarikat pengangkutan awam Ente Autonomo Volturno (EAV) pula menyifatkan kejadian sebagai satu tragedi.

“Cuaca buruk dan kabus tebal menghalang akses pantas oleh pasukan penyelamat. Siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI