fbpx

[VIDEO] Keluarga hadir temani Syed Saddiq, Bella belum kelihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu dan kakak Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Keluarga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke Mahkamah Rayuan di sini hari ini bagi memberi sokongan pada hari keputusan rayuan melibatkan beliau.

Kedua-dua ibu bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Abdullah dan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, hadir bersama dua anak mereka seawal pukul 7.50 pagi.

Namun, kelibat pelakon Bella Astillah masih belum kelihatan setakat ini bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq yang dijadualkan mendengar keputusan rayuannya pagi ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lalu menangguhkan prosiding ke 17 April bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan menyambung hujahan dalam rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi mengetepikan sabitan terhadap empat pertuduhan berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI