fbpx

Remaja lemas di tali air tak sempat sambut hari jadi sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakan mangsa menunjukkan lokasi Muhamad Farish yang ditemui lemas semasa mandi di tali air Ladang Merdeka, Tunjong, Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Hajat seorang remaja untuk menyambut hari kelahiran sepupunya tidak kesampaian apabila dia lemas semasa mandi bersama rakan-rakan di tali air Ladang Merdeka, Tunjong di sini petang semalam.

Mangsa, Muhamad Farish Daniel Shahrul Irwan Al Hafiz, 13, sepatutnya meraikan hari lahir Hakimi Mohd. Azam, 19, pada petang semalam meskipun tarikh kelahirannya pada 14 April lalu apabila sudah mereka sudah berjanji untuk makan mi kari dimasak oleh nenek mereka, Roezan Seman yang berusia dalam lingkungan 60-an.

Hakimi berkata, dia menyedari sepupunya lemas selepas dimaklumkan oleh rakan yang datang ke rumah kira-kira pukul 4.30 petang.

“Saya terus bergegas keluar dengan menunggang motosikal ke tali air itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah. Saya nampak penduduk sedang mengusung jasad Muhamad Farish ke tebing tali air sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kami sepatutnya pergi ke rumah nenek untuk meraikan hari jadi saya dengan makan hidangan mi kari. Saya sedih kerana dia meninggal dunia selepas ditemui lemas,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kedai Mulong, di sini hari ini.

Hakimi memberitahu, kali terakhir dia bertemu arwah semasa pulang dari sekolah semalam dan sepupunya itu sempat masuk ke bilik sebelum bergurau dengan mengurut bahunya.

Menurutnya, arwah sempat memaklumkan bahawa dia selesai menjalani peperiksaan hari kedua di sekolah sebelum keluar dengan membonceng motosikal bersama rakan yang datang mengambilnya di rumah.

“Arwah bergegas keluar tanpa memaklumkan kepada saya. Tidak lama kemudian, saya terkejut apabila menerima perkhabaran dia lemas kerana arwah sebelum ini jarang keluar rumah pada waktu petang.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan, arwah sempat melambaikan tangan dan beberapa kali meminta pertolongan, namun tiada penduduk yang menyedari kejadian itu sebelum dia tenggelam,” katanya,

Hakimi berkata, jenazah sepupunya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kandis, Salor di sini kira-kira 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd.Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan seorang remaja bermandi-manda di tali air bersama rakannya berakhir tragedi apabila dia dijumpai lemas di Ladang Merdeka, Tunjong di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa disedari lemas di tali air tersebut selepas terjerlus di kawasan lubang yang dikorek untuk menyedut air. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI