fbpx

QR lapuk, pelanggan bayar guna tapak tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki membayar tin minuman dengan hanya mengimbas tapak tangannya. - X

BEIJING  – Satu klip video tular memaparkan seorang lelaki membuat pembayaran dengan hanya mengimbas tapak tangannya di sebuah kedai serbaneka di China, lapor portal berita Indian Express semalam. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @sibalsahab, menunjukkan lelaki itu memasuki sebuah kedai serbaneka 7-Eleven untuk membeli minuman. 

Semasa pembayaran, lelaki itu mengimbas tapak tangannya pada pad sensor dilengkapi kamera infra merah. 

“Saya membayar tanpa menggunakan kad debit atau kredit atau telefon! Ini sangat menakjubkan!” kata lelaki itu di dalam video. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“China mendahului negara lain selama  50 tahun,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI