fbpx

MU jadikan Lyon mangsa lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (tengah) berkeyakinan tinggi mereka mampu melepasi halangan Lyon untuk mara ke separuh akhir musim ini. - AFP

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes berikrar untuk menggembirakan para penyokong pasukan itu menjelang aksi timbal balik suku akhir Liga Europa menentang Olympique Lyon di Old Trafford awal pagi esok.

Pemain-pemain The Red Devils berada dalam keadaan cukup tertekan ketika ini selepas dibelasah Newcastle United 1-4 ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park pada Ahad lalu.

Justeru, Fernandes berharap peminat-peminat United terus teguh berada di belakang pasukan bagi memastikan kemaraan ke separuh akhir Liga Europa selepas pertemuan pertama minggu lalu berakhir seri 2-2.

“Kami akan kembali meneruskan perjuangan pada perlawanan Khamis nanti (awal pagi esok). Semua pemain sedia untuk memberikan segala-galanya bagi mencipta memori istimewa buat pasukan dan penyokong-penyokong.

“Apa yang pasti, kami akan melakukan persiapan rapi untuk perlawanan itu selain mendapatkan rehat mencukupi. Saya harap penyokong akan terus bersama kami dalam usaha melangkah lebih jauh,” katanya.

Berhubung cemuhan yang dilemparkan penyokong terhadap pasukan, pemain antarabangsa Portugal itu enggan menuding jari kepada sesiapa kerana menganggap ia sebagai perkara biasa dalam bola sepak.

“Mereka (penyokong) sentiasa bersama kami dalam setiap keadaan dan semua pemain faham kekecewaan itu. Bagi saya, itu perkara biasa dan ia tidak menjejaskan kami menjelang aksi penting nanti,” ujar Fernandes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI