fbpx

Kerajaan negeri arah siasatan segera kes halang tugas penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kekecohan yang berlaku di sebuah restoran di Menglembu, Ipoh menbabitkan pekerja sebuah restoran dan anggota penguat kuasa MBI.

IPOH – Kerajaan negeri mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung insiden kekecohan melibatkan anggota penguat kuasa dan orang awam di sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, maklumat lengkap sedang dikumpul bagi membolehkan tindakan susulan diambil bagi menangani isu berkenaan.

Katanya, langkah segera akan diambil bagi menjernihkan keadaan dan meminta semua pihak bersabar sehingga siasatan selesai.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini bukanlah isu perkauman. Oleh itu, semua pihak diminta supaya tidak menimbulkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat.

“Kerajaan Negeri akan mengambil langkah segera bagi menjernihkan keadaan. Saya menghargai kesabaran semua pihak sementara siasatan dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI