fbpx

Kepala wanita dalam mulut sawa gergasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa yang membunuh seorang wanita di wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia. - Viral Press

JAKARTA – Seorang wanita meninggal dunia selepas dibelit seekor ular sawa gergasi sepanjang kira-kira 6.5 meter di kebun berhampiran rumahnya, lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian berlaku di Buton, wilayah Sulawesi Tenggara, baru-baru ini. 

Mangsa yang dikenali sebagai Wa Siti, 55, dilaporkan hilang selepas pergi ke kebunnya, mendorong dua anak mangsa melakukan pencarian. 

Salah seorang anak mangsa yang bernama Saimin meminta semua ahli keluarga untuk mencari ibu mereka selepas dia menemui bakul yang digunakan oleh mangsa di halaman rumah. 

Mangsa ditemukan dalam keadaan ngeri di mana kepalanya berada di dalam mulut reptilia itu.

Ketua Polis Pasarwajo, Inspektor Hardi berkata: “Kepala mangsa di dalam mulut ular, manakala wajahnya diselaputi lendir tebal. 

“Pada ketika itu, mangsa sudah tidak bernyawa,” tambah Hardi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI