fbpx

Dimalukan Arsenal, Real bakal hilang jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI

MADRID – Juara dunia lima kali, Brazil kini giat memburu ketua jurulatih baharu susulan pemecatan Dorival Junior dengan nama pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti antara calon dikenal pasti untuk mengemudi Selecao menjelang Piala Dunia 2026.

Spekulasi semakin hangat apabila wakil rasmi Brazil, Diego Fernandes dilihat hadir di Santiago Bernabeu awal pagi tadi semasa aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Real dan Arsenal.

Kehadirannya dikaitkan dengan usaha Brazil yang dikatakan begitu terdesak untuk memujuk Ancelotti beralih angin dengan mengendalikan pasukan di peringkat antarabangsa.

Nasib Ancelotti bersama Real kini menjadi tanda tanya selepas juara bertahan itu tersingkir dengan kekalahan memalukan 1-5 secara agregat selepas tewas 1-2 kepada Arsenal pada aksi suku akhir kedua awal pagi tadi.

Bekas pengendali AC Milan itu mengakui masa depannya di Madrid masih belum diputuskan meskipun kontraknya bersama kelab berkenaan sah sehingga Jun 2026.

“Saya tidak pasti. Semuanya bergantung kepada keputusan kelab.

“Mungkin tahun ini, mungkin juga tahun depan apabila kontrak saya tamat. Apa pun keputusannya, saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab ini.

“Sama ada ia berakhir esok, dalam tempoh 10 hari, atau setahun dari sekarang, saya tetap akan berterima kasih,” kata Ancelotti.

Selain Ancelotti, jurulatih sensasi Bayer Leverkusen, Xabi Alonso dan bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut dikaitkan sebagai calon utama untuk mengemudi projek baharu Real selepas ini.

Sebagai rekod, Brazil kini di fasa paling mencabar dalam sejarah bola sepak mereka susulan prestasi hambar dalam beberapa kejohanan utama kebelakangan ini.

Dalam usaha untuk bangkit semula di pentas dunia, Brazil dilaporkan sedang aktif mencari jurulatih berprofil tinggi yang mampu membawa semula kegemilangan kepada skuad kebangsaan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI