fbpx

Chelsea perlu tepati ramalan juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA memiliki kelebihan selesa selepas menang 3-0 ke atas Warsaw sewaktu suku akhir pertama minggu lalu. - AFP

LONDON – Bekas kapten Chelsea, Gary Cahill menganggap hanya kejuaraan Liga Konferens Europa mampu menjadi penamat terbaik buat mereka selepas mengharungi aksi kurang memberangsangkan musim ini.

The Blues berada dalam landasan terbaik untuk melangkah ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Legia Warsaw pada aksi suku akhir pertama minggu lalu.

Justeru, mereka dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk menyingkirkan pasukan dari Poland itu apabila dijadualkan melayan kunjungan Warsaw di Stamford Bridge awal pagi esok bagi aksi timbal balik.

“Sudah tentu saya kecewa sekiranya Chelsea gagal memenangi Liga Konferens Europa musim ini kerana mereka merupakan pasukan terkuat. Ini adalah fakta dan bukannya saya tidak menghormati pasukan lain.

“Berdasarkan senarai serta kualiti pemain yang dimiliki, tidak ada alasan munasabah sekiranya mereka gagal menjadi juara. Mereka sepatutnya tidak ada masalah untuk melakukannya,” kata Cahill.

Dalam pada itu, beliau juga percaya gelaran Liga Konferens Europa mampu menjadi pembakar semangat buat pemain-pemain muda The Blues selain menganggap ia sebagai pengalaman menjadikan mereka lebih matang.

“Saya bermain untuk Chelsea selama beberapa tahun dan tahu tekanan sentiasa ada. Dari situlah anda akan belajar bagaimana untuk bermain bersama pasukan besar dan ia baik buat pemain-pemain muda sekarang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI