fbpx

‘Bella wanita luar biasa, terima kasih bersama saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq dan Bella bergambar bersama orang ramai ketika hadir di Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – “Dia (Bella Astillah) wanita luar biasa, terima kasih kerana turut bersama dan saya hargai sokongan dan dorongan beliau.”

Demikian ucapan ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika diminta mengulas sedikit berkaitan kehadiran penyanyi wanita itu di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.

Terdahulu, Bella hadir ke mahkamah seawal pukul 8.40 pagi dengan mengenakan sepasang baju kurung berwarna kuning lembut bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq dalam mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sementara itu, Syed Saddiq turut menyifatkan ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz sebagai sumber kekuatan untuk terus berjuang dalam usaha ‘membersihkan’ namanya susulan terpalit dengan empat pertuduhan terbabit selain menggelarkan wanita itu sebagai ‘wanita besi’

“Wanita besi ini daripada 2020 bersama saya, malah ketika (saya) sedang disiasat, ibu diuji dengan barah. Dua kali beliau berjuang dengan barah, daripada ibu saya dapat semangat untuk terus berjuang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI