fbpx

Balik modal, pengantin dipakaikan kalung duit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin menerima jambangan dan kalungan wang kertas. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila pasangan pengantin baharu menerima berpuluh-puluh jambangan wang tunai gergasi daripada tetamu undangan, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Majlis pernikahan itu berlangsung di Bangkalan, wilayah Jawa Timur baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @secconyeee memaparkan tetamu menghadiahkan jambangan wang tunai gergasi kepada kedua-dua mempelai di atas pelamin. 

Beberapa tetamu dilihat memasukkan sejumlah wang kertas yang banyak di dalam kotak sumbangan. 

Lebih menarik, pasangan pengantin itu juga dipakaikan kalungan wang kertas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kahwin balik modal,” kata seorang netizen. 

“Kalau dapat hadiah seperti itu, saya nak kahwin lima kali,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI