fbpx

Warga emas didenda RM8,500, Rottweiler serang lima penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shen Chong (kanan) berbincang dengan Tze Min di pekarangan Mahkamah Majistret Baling, hari ini.

BALING – Pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan cuai sehingga menyebabkan haiwan peliharaannya menyerang lima mangsa pada 1 April lalu.

Tertuduh, Chong Shen Chong, 69, yang juga ahli perniagaan dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah bagi semua pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Shen Chong membayar denda tersebut.

Lelaki itu didakwa dengan cuai membiarkan anjing peliharaannya menyerang lima mangsa termasuk warga Mesir di sekitar Taman Desa Bidara pada pukul 4.45 hingga 7 pagi, 1 April lalu.

Lima mangsa tersebut ialah Khadijah Abdullah, 66, warga Mesir, Ahmed Abdeltawwad Moustafa, 28, Asyida Nizam Ahmad, 50, Shaik Peer Mohamed Mohamed Mydin, 51, dan Goh Bing Hak, 74.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md. Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam, Alvin Kua Tze Min.

Selain itu, dua ekor Rottweiler peliharaannya yang terlibat dalam kes tersebut dilupuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI