fbpx

[VIDEO] Pekerja kilang cabul wanita joging dipenjara tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi pegawai polis ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di Taman Bandaraya, Bukit Serindit. Foto ARIF HAMIZAN/ KOSMO!

MELAKA – Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencabul seorang wanita di sebuah taman rekreasi di Bukit Serindit, Melaka minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Sulaiman membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Muhammad Ridzuan Yusof, 28, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah dengan cara memeluk dan menyentuh kemaluan selain menekup mulut dari arah belakang bertujuan mencabul kehormatan sehingga mendatangkan ketakutan dan kegentaran terhadap mangsa yang berusia 20 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di Taman Bandaraya, Bukit Serindit dalam daerah Melaka Tengah pada 10 April 2025.

Mengikut fakta kes, pengadu yang bekerja sebagai pembantu klinik gigi sedang berjoging di taman itu bersama seorang rakan sebelum ditinggalkan bersendirian.

Secara tiba-tiba mangsa didatangi tertuduh dan melakukan perbuatan seperti dalam pertuduhan.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan anak guamnya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dan bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan RM1,300 sebulan serta telah insaf.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 11 April 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI