fbpx

Penduduk bantah pokok usia 400 tahun ditebang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok oak purba ditebang oleh pemilik sebuah pub di utara London pada 3 April lalu. - Facebook

LONDON – Sebatang pokok oak yang berusia lebih 400 tahun ditebang oleh pemilik sebuah pub di Britain sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk tempatan, lapor portal berita Mail Online semalam. 

Pokok yang mempunyai ukur lilit 6.1 meter itu terletak di Taman Whitewebbs, utara London, bersebelahan tempat letak kereta pub Toby Carvery. 

Jurucakap pemilik rangkaian Toby Carvery, Mitchells & Butler berkata, pokok gergasi itu ditebang pada 3 April lalu selepas mereka diberi amaran bahawa ia berpotensi menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan. 

“Pokok itu ditebang selepas kami dinasihatkan oleh pakar kontraktor arborikultur. Ini adalah tindakan penting bagi melindungi pekerja, pelanggan serta orang awam. 

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan sebarang keperluan undang-undang dipenuhi,” tambah syarikat itu. 

Penebangan pokok itu mencetuskan kemarahan ramai penduduk dan aktivis alam sekitar.

Ketua Kempen The Woodland Trust, Adam Cormack berkata: “Jenayah yang menyedihkan ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa semua pokok purba tidak berada di tempat yang selamat.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI