fbpx

Lelaki muat naik video hina PM dituduh di mahkamah minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik seorang lelaki yang menghina Perdana Menteri dan menghasut rakyat Bachok supaya tidak menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani baru-baru ini.

KOTA BHARU – Seorang pekerja stesen minyak yang ditahan selepas memuat naik video menghina Perdana Menteri menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini dijangka dituduh di mahkamah pada minggu hadapan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan berhubung kes itu sudah selesai dan pihaknya sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan rakyat tempatan meskipun nama akaun TikToknya dikaitkan dengan sebuah negara.

“Kita sedang menunggu laporan MCMC dan lelaki itu dijangka dituduh minggu depan.

“Siasatan turut mendapati, suspek tidak mewakili mana-mana parti politik dan tindakan itu hanya bermotifkan peribadi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Konsortium E-Mutiara-Semesra Syawal di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek yang mengaku bersalah menyimpan video dan gambar lucah di Mahkamah Majistret Bachok semalam turut membayar denda RM4,000 seperti yang ditetapkan mahkamah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas memuat naik video yang mendatangkan aib terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi TikTok baru-baru ini.

Polis menerima laporan pada 11 April lalu mendakwa suspek menghasut rakyat setempat supaya tidak menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani.

Siasatan mendapati lelaki berusia 25 tahun itu menggelarkan Perdana Menteri dengan jolokan nama yang memalukan dan mengaibkan.

Polis merampas telefon untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit suspek mendapati lelaki itu menyimpan video dan gambar lucah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI