fbpx

Lawatan Xi Jinping: Beberapa laluan, lebuh raya ditutup sejam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut oleh Anwar semalam. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Beberapa laluan di Putrajaya dan ibu negara akan ditutup dalam tempoh satu jam lagi bermula pukul 9.30 pagi ini bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan negara ke Malaysia.

Laluan yang terlibat ialah Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan, Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil dan Lingkaran Putrajaya.

Seterusnya, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dan Terowong SMART.

Turut terlibat Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Sultan Iskandar.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.

Semalam Kosmo! melaporkan, Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam hingga Khamis.

Ketibaan beliau dan delegasi dari China dengan menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut menyambut kehadiran beliau bersama delegasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI