fbpx

‘Kahwin? Saya mahu habiskan PhD dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFI bertunang, Farisha mahu memberikan fokus kepada pengajian. - Foto IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Penyanyi Farisha Iris menafikan dakwaan sudah bertunang sebaliknya mahu memberi laluan kepada pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Kembali meneruskan hubungan dengan bekas kekasih iaitu Hardee, Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmad, 26, perkahwinan bukan penanda aras kejayaan kehidupan seseorang individu.

“Saya tidak bertunang, tunggu habis PhD dulu. Takut kahwin kemudian beranak, tidak sempat tamat pengajian.

“Saya datang beraya pun orang bertanya bila mahu kahwin?

“Tidak pasti mengapa orang ukur kejayaan dengan perkahwinan,”  katanya pada sesi bersama media sempena pengumuman konsert jelajah Untungnya Untungnya, di sini, hari ini.

Meskipun hasrat berkahwin berkecai, pelantun lagu Hello itu menegaskan bahawa dia tidak serik namun lebih berhati-hati untuk berkongsi perihal peribadi secara terbuka.

“Saya tidak trauma pun cuma tetapi dalam perhubungan lebih baik tidak menguar-uarkan kepada sesiapa sebab dunia sekarang menakutkan.

“Saya lebih berhati-hati dan tidak mahu salahkan penyakit ain tetapi begitulah. Jika jadi, saya akan sebarkan kepada satu dunia,” ujarnya.

Tahun lalu, bekas peserta program Big Stage musim ketiga itu dikhabarkan akan berkahwin selepas setahun bercinta.

Namun, impiannya musnah apabila kisah cinta mereka putus hujung tahun lalu.

Farisha juga digosipkan dengan pelakon Niezam Zaidi, bagaimanapun penyanyi itu menafikan mereka ada hubungan istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI