PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang berlaku di beberapa daerah sekitar Kedah sejak pagi tadi dijangka berlarutan hingga ke petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
MetMalaysia turut memberitahu, keadaan sama turut tertumpu di negeri Perlis sehingga pukul 3 petang, hari ini. – KOSMO! ONLINE