fbpx

Banduan berpesta dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan lelaki sedang menghisap vape dan syabu di dalam tahanan. - Instagram

JAKARTA – Sekumpulan banduan di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas berpesta dan mengambil dadah ketika berada dalam tahanan, lapor portal berita Cakaplah semalam. 

Kejadian dirakam di Penjara Kelas I Pekanbaru, wilayah Riau. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kompascom menunjukkan kumpulan itu sedang berjoget dengan iringan muzik rancak. 

Ada antara mereka yang sempat bermain telefon bimbit, menghisap vape serta syabu. 

Lebih mengejutkan, pesta itu dilakukan ketika mereka berada dalam tahanan. 

Masih belum jelas bila video itu diambil dan siapa perakamnya. 

Ketua Penjara Kelas I Pekanbaru, Bastian Manalu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI