fbpx

Warga emas patah tulang belakang bergaduh parkir di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI parkir kejadian dua warga emas bergaduh di sebuah pasar raya di Masjid Tanah. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang warga emas berusia 82 tahun dilaporkan mengalami patah tulang belakang dalam pergaduhan yang berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tempat parkir kenderaan di sebuah pasar raya di Masjid Tanah, di sini.

Susulan kejadian itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga warga emas berusia 65 tahun selepas disyaki terlibat dalam kejadian pada 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek telah ditahan kelmarin dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Mangsa dikatakan telah berbalah dengan suspek tentang parkir kereta sebelum dia ditolak dengan kuat menggunakan tangan sehingga menyebabkannya terjatuh terlentang ke atas jalan.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami patah tulang belakang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Penahanan reman terhadap suspek menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan masyarakat yang melihat kejadian ini sebagai bukti betapa pentingnya kawalan emosi, terutama di tempat awam. Orang ramai dinasihatkan agar tidak bertindak melulu walaupun menghadapi situasi tegang kerana tindakan singkat boleh membawa padah yang panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI