PETALING JAYA – Hajat seorang wanita menyunting gambarnya yang lengkap berpakaian pengantin bersama pasangan kepada bentuk kartun, ‘terbantut’.
Menggunakan aplikasi yang boleh menghasilkan efek kartun tiga dimensi berasaskan kecerdasan buatan, hasil yang dinantikan wanita itu ‘melangkaui’ jangkaan.
Transformasi itu bukan sahaja mengubah dirinya berpakaian dan berpenampilan lelaki, malah ‘lengkap’ berjambang juga.
“Apa salah aku? Tercekik aku tengok hasilnya,” katanya ringkas pada kapsyen video yang dikongsikan di media sosial menggunakan profil @dedeqadnan.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menganggap transformasi itu melucukan.
“Baik akak jujur, akak siapa sebenarnya?,” soal @Khuzaimietaufik.
“Saya dekat kedai makan ni, tengah makan seorang. Meja lain tengok ingat saya gila agaknya gelak mengekek seorang. Tak baik tau ‘filter’ ni, mengaibkan ramai pihak terlibat,” ujar @Farisya Ismail.
“Kenapa lalu masa anak-anak aku tidur? Penat tahan gelak,” komen @touchbysyazwaninordin.
“Nak gelak tapi rasa terlalu berdosa pula,” kata @Idh_Armz. – KOSMO! ONLINE
@dedeqadnantercekik aku nengok hasilnya 🥱