fbpx

UCL: Aston Villa ada strategi ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marco Asensio dijangka menjadi sandaran utama The Villans pada aksi UCL awal pagi esok. - Foto ihsan Facebook AVFC

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery sudah merangka strategi untuk melakukan kebangkitan epik menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Villa Park awal pagi esok.

Sebagai rekod, harapan The Villans untuk melangkah ke kelompok empat kelab terbaik Eropah tampak sukar selepas tewas 1-3 kepada PSG dalam saingan pertama di Paris minggu lalu.

Namun, Emery percaya barisan pemain sudah bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga di atas padang supaya ‘misi mustahil’ untuk bangkit daripada ketinggalan defisit dua gol dapat direalisasikan.

“Saya akui jurang ketika ini agak besar selepas mereka dapat kelebihan dua gol pada aksi yang lepas. Namun, saya positif kita masih mampu melakar kemenangan di laman sendiri nanti.

“Kita sudah melakukan persiapan rapi dan pemain juga faham keinginan untuk berikan yang terbaik buat penyokong setia kami di Villa Park. Ini adalah cabaran yang besar tetapi tiada apa yang mustahil,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Villa, Morgan Rogers percaya motivasi dalam kalangan pemain juga masih membara meskipun sedar PSG adalah pasukan pilihan untuk layak ke separuh akhir kali ini.

“Saya rasa kualiti yang ada dalam pasukan ini juga setanding dengan PSG. Kita ada kebolehan untuk menang pada aksi kali ini tetapi dengan syarat, semua pemain perlu berikan yang terbaik,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI