fbpx

Tun Abdullah seorang ‘bos’ yang berdedikasi – Syed Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Hamid ketika hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di Bait Badawi, Tasik Perdana hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Kita kehilangan seorang pemimpin yang baik”.

Demikian kata bekas Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediaman rasminya di Bait Badawi, Tasik Perdana, di sini pagi ini.

Syed Hamid berkata, Allahyarham Tun Abdullah juga seorang pemimpin yang berdedikasi kepada tugasnya yang membawa kepada Islam Hadari.

“Kita boleh lihat cara dan pendekatan beliau yang mesra kepada rakyat serta pentadbiran. Banyak perubahan yang beliau bawa kepada arah kebaikan dan kebebasan.

“Kita doakan supaya roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Mengulas mengenai kenangannya bersama arwah, Syed Hamid berkata, beliau juga rapat dengan Allahyarham ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Luar.

“Beliau bukan sahaja seorang ‘bos’ tetapi juga kawan dan sahabat. Pemimpin luar pun mesra dengannya oleh kerana pendekatannya yang tidak agresif. Orang kata macam wali lah,” jelasnya.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof turut hadir bagi menziarahi Allahyarham Tun Abdullah, di sini.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah dijangka dibawa keluar dari kediamannya pukul 8.30 pagi untuk penghormatan terakhir di Masjid Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI