fbpx

Tun Abdullah pemimpin ke-5 disemadikan di Makam Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai empat pemimpin negara telah disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin Malaysia kelima yang akan disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Difahamkan, Makam Pahlawan hanya memiliki sebanyak tujuh ruang dan seramai empat pemimpin telah disemadikan di sini.

Antara pemimpin yang disemadikan di sini sebelum ini ialah Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein, Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn serta dua bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dan Tun Ghafar Baba.

Terdahulu, orang ramai diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada  Allahyarham Tun Abdullah di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Solat jenazah ke atas Perdana Menteri ke-5 itu dijangka berlangsung selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Allahyarham Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI