fbpx

Tiga lelaki ditahan kes pukul anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes pukul anjing hingga mati di Temerloh.

TEMERLOH – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes memukul anjing sehingga mati seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 28 saat itu menyaksikan beberapa lelaki memukul seekor anjing dipercayai haiwan peliharaan sehingga mati menggunakan kayu di Taman Mentakab di sini.

Difahamkan, pada hari sama, seorang lelaki turut digigit haiwan itu di jalan utama Taman Mentakab.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, tiga lelaki berusia 39, 29 dan 19 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan.

“Dua lelaki ditahan di tepi Jalan Pintasan Temerloh-Mentakab pada pukul 11 malam kelmarin, manakala seorang lagi diberkas pada pukul 1.05 pagi di jalan yang sama.

“Polis merampas sebatang kayu dan berdasarkan pengakuan awal mereka mengaku terlibat dalam kes tersebut,” katanya yang memberitahu ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan perbuatan kejam sekumpulan lelaki memukul anjing hingga mati menggunakan kayu yang bukan saja dikecam malah mencetus kemarahan orang ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian berlaku di Taman Mentakab Indah kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Saksi kejadian telah tampil membuat laporan polis selepas video berkenaan mendapat perhatian meluas.

Pihak polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa digigit anjing di kawasan jalan utama Taman Mentakab pada pukul 9 pagi hari sama sehingga luka dan bengkak di kaki kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI