fbpx

Soon Huat tak gentar berdepan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kanan) dan Shevon tekad memberikan aksi terbaik buat Malaysia pada Piala Sudirman hujung bulan ini.

PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat bertekad memberikan aksi terbaik sekiranya diberi kepercayaan pada Piala Sudirman yang akan berlangsung di Xiamen, China bermula 27 April hingga 4 Mei ini.

Menurutnya, dia dan pasangan yang juga isterinya, Shevon Lai sudah bersedia dari segi fizikal dan mental selain mahu memanfaatkan segala pengalaman bagi memastikan Malaysia meraih mata penting dalam setiap perlawanan.

“Kami sentiasa bersedia. Sejak BAM (Persatuan Badminton Malaysia) menghubungi kami buat kali pertama, kami sudah nyatakan kesediaan untuk beraksi demi negara. Di China nanti, kami akan buat penilaian terhadap pasukan lawan.

“Selebihnya nanti kami hanya serahkan kepada strategi jurulatih,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Mengulas mengenai peluang skuad negara, dia turut menjelaskan setiap pemain perlu tampil dengan semangat juang tinggi, terutamanya apabila menentang pasukan pilihan seperti Jepun.

“Cabaran utama kami adalah Jepun tetapi sebagai pemain profesional dan atlet negara, kami akan berjuang habis-habisan untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu mata buat Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, ketiadaan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia yang diketepikan akibat kecederaan turut dirasai Soon Huat, namun dia percaya skuad negara mampu memberikan saingan.

“Memang rasa kehilangan Zii Jia tetapi kita tetap perlu teruskan perjuangan. Apa yang penting adalah kita turun sebagai satu pasukan, menang atau kalah kita tanggung bersama,” ujarnya.

Pada edisi kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara tiga kali, Jepun, Australia dan wakil Eropah yang sedang meningkat naik, Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI