fbpx

PM, Menteri Kerajaan Perpaduan tiba di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Negara, di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar dilihat hadir diiringi anak sulung Allahyarham, Tan Sri Kamaluddin Abdullah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan iaitu Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Muhamad Hassan.

Jenazah Allahyarham kini berada Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Seterusnya, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI