fbpx

Pengurus syarikat ditahan, kemuka tuntutan palsu lebih RM110,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengurus syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk proses remah atas dakwaan kemuka tuntutan palsu bernilai RM110,000.

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus sebuah syarikat ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM110,000.

Perintah reman terhadap suspek seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat, hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada pukul 8 malam tadi.

Tangkapan tersebut dibuat kerana suspek telah mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi maklumat palsu ke Jabatan Perikanan Negeri Johor berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan bernilai lebih RM110,000.

Namun sebenarnya pembekalan barangan tersebut tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI