fbpx

Pak Lah tinggalkan tiga legasi bermakna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika ditemui pemberita di Masjid Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan tiga legasi bermakna sepanjang memegang jawatannya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiga legasi itu adalah konsep modal insan, Islam Hadhari dan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

“Antara perkara yang masih kita ingat dan memberikan kesan besar kepada negara adalah konsep modal insan.

“Pak Lah (Tun Abdullah) menekankan sesebuah negara tidak hanya terbina dengan bangunan, jalan atau prasarana, tetapi kerana rakyatnya yang mengamalkan nilai modal insan,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negara di sini hari ini.

Ahmad berkata, legasi kedua Tun Abdullah iaitu konsep Islam Hadhari pula membawa mesej peradaban, tamadun dan kemajuan kepada rakyat Malaysia.

Jelas beliau, legasi ketiga Perdana Menteri Ke-5 adalah penciptaan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang menjadi inspirasi dalam mencapai kejayaan negara.

Terdahulu, Ahmad berkata, Allahyarham merupakan pemimpin yang bersikap sederhana, namun tegas dalam melaksanakan perubahan sepanjang pentadbirannya.

“Saya amat terkesan dengan pemergian beliau kerana ketika (Tun Abdullah) menjadi Presiden UMNO, Pak Lah telah menandatangani watikah pencalonan saya untuk bertanding di Parlimen Pontian pada tahun 2008,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI