fbpx

Pak Lah antara budiman politik terakhir – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Tun Abdullah di Masjid Negara di sini hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan seorang budiman dalam arena politik dan antara yang terakhir”.

Demikian kata Penasihat DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas peribadi dan perjalanan karier Perdana Menteri kelima itu sewaktu berada dalam politik dan mentadbir negara.

Menurut Guan Eng, Allahyarham seorang yang sentiasa mendukung prinsip demokrasi dan menerima suara rakyat dengan terbuka.

“Seperti yang selalu beliau tegaskan. Beliau mahu Malaysia terus membangun.

“Sikap rendah dirinya juga sering terserlah dan selalu menegaskan ‘work with me, not for me’ (kerja dengan saya, bukan untuk saya),” katanya ketika ditemui di Masjid Negara, di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, sebagai rakan lama dalam arena politik, beliau yakin seluruh rakyat Malaysia akan selalu mengingati Allahyarham.

Jenazah Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Perdana Menteri ke-5 itu telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sekitar pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI