fbpx

‘Otak boleh rosak’ – Neelofa sifatkan pukul anak ‘mindset’ kolot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa menentang tindakan memukul anak sebagai bentuk didikan.

PETALING JAYA – Usahawan dan selebriti popular, Neelofa bukan sahaja lantang bersuara menentang tindakan memukul anak sebagai bentuk didikan, malah menyifatkan perbuatan tersebut lahir daripada pemikiran kolot.

Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story miliknya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36 berkongsi semula video milik seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak yang meluahkan kebimbangan terhadap ibu bapa menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak kecil.

“Mindset kolot suka pukul anak.

“Otak anak boleh rosak, emosi anak boleh rosak dan perkembangan boleh terbantut.

“Setuju sangat dengan perkongsian ini,” tulisnya ringkas.

Tangkap layar Neelofa menentang kekerasan sebagai jalan utama mendidik anak-anak. – INSTAGRAM.

Individu dalam video tersebut menjelaskan, penggunaan kekerasan seperti merotan hanya akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, termasuk dari segi neurologi dan emosi.

Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, ramai ibu bapa masih meletakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian, sedangkan pendekatan penuh kasih sayang lebih berkesan dalam membentuk peribadi anak.

Tinjauan dalam media sosial mendapati ramai netizen menyokong kenyataan ibu dua anak itu dan mengakui pendekatan lama sudah tidak lagi sesuai diteruskan dalam dunia keibubapaan moden.

“Betul tu. Anak bukan robot. Kita tak boleh programkan mereka dengan rotan,” kata seorang netizen.

“Setiap anak ada cara tersendiri. Kekerasan bukan jawapan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Semoga lebih ramai ibu bapa buka mata dengan pendedahan macam ini,” komen netizen

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI