fbpx

Musang king Raub: Siasatan giat untuk dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (tengah) ketika menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas bertempat di Kompleks Logistik Alor Akar, Kuantan.

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan beberapa individu lain berhubung tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu operasi membabitkan kebun durian musang king di Raub.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kertas siasatan telah dibuka dua hari lalu susulan tindakan sekumpulan individu termasuk wakil rakyat kawasan berkenaan yang didakwa menghalang petugas Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan operasi memusnahkan tanaman haram di kawasan terbabit.

“Siasatan sedang giat dijalankan dan kita telah memanggil Ahli Parlimen terbabit untuk dirakam percakapan semalam dan beliau hadir ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub pada pukul 3.30 petang.

“Turut ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Save Musang King Alliance (Samka) dan polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada media selepas menyelesaikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan bertempat di Kompleks Logistik Alor Akar, di sini hari ini.

Menurut Yahaya, beliau telah mengarahkan agar proses siasatan dapat disegerakan untuk tindakan seterusnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar tiada pihak yang cuba menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas rasmi serta mengingatkan supaya isu berkenaan tidak disensasikan atau dibangkitkan dengan sentimen yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI