fbpx

Malaysia hilang pemimpin ikhlas, visi mendalam majukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kiri) menyifatkan Tun Abdullah seorang Perdana Menteri yang berintegreti, penuh keikhlasan dan visi mendalam untuk kemajuan negara.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai seorang Perdana Menteri dan seorang pemimpin yang penuh integriti.

Onn Hafiz Ghazi berkata, Perdana Menteri kelima itu juga seorang pemimpin yang penuh keikhlasan dan visi mendalam untuk kemajuan negara.

Katanya, Malaysia kehilangan seorang pemimpin dengan ciri-ciri murni tersebut dan sumbangan beliau akan terus diingati.

“Jasa Allahyarham Pak Lah akan terus dikenang dan dihargai. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham,” ujar beliau dalam hantaran dalam Facebook miliknya.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang juga menantunya memaklumkan Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 malam tadi pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam tadi akibat masalah pernafasan.

Tun Abdullah atau mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’ dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau merupakan Perdana Menteri Kelima dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan tersebut selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Allahyarham juga merupakan individu bertanggungjawab yang memperkenalkan konsep Islam Hadhari dan menekankan pembangunan modal insan serta integriti dalam pentadbiran.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor mendoakan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham Pak Lah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dalam pada itu, Badan Perhubungan UMNO Johor dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Pak Lah atas pemergian beliau ke rahmatullah.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara dan UMNO, khususnya atas sumbangan dan jasa beliau sebagai seorang negarawan yang sentiasa mengutamakan keharmonian, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ditempatkan dalam kalangan para solihin,” menurut kenyataan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI