fbpx

Lebih 2,000 orang hadir solat jenazah Pak Lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah ketika dibawa untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 orang menyertai solat jenazah Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, di sini hari ini.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni pada pukul 1.50 tengah hari sebelum Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, di sini.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Negara sejak awal pagi apabila orang ramai termasuk pemimpin dalam dan luar negara hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah dibawa ke Makam Pahlawan untuk disemadikan selepas disolatkan pada pukul 1.50 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah sebelum ini ditempatkan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini kira-kira pukul 7.10 malam tadi selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI