KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa keluar dari kediamannya sekitar 8.30 pagi untuk penghormatan terakhir di Masjid Negara.
Perkara itu dimaklumkan menantunya yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tadi.
“Allahyarham Pak Lah akan dibawa keluar dari kediaman pukul 8.30 pagi ini,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu, van milik Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (Jakim) yang membawa Jenazah Allahyarham Tun Abdullah tiba di kediaman rasmi di Bait Badawi, Tasik Perdana di sini kira-kira pukul 6.35 pagi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negara untuk disolat dan dimandikan sebelum diberikan penghormatan terakhir pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor.
Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE