fbpx

Jangan anjur lagi program Ramadan melalaikan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzuan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu ditegur agar lebih berhati-hati menganjurkan program pelancongan pada bulan puasa bagi mengelak kontroversi sama yang berlaku pada akhir Ramadan baru-baru ini.

Dr. Riduan Mohamad Nor (Pas-Jertih) berkata, program yang terlalu berorentiasi hiburan melalaikan perlu dielakkan sebaliknya memperbanyakkan aktiviti lebih Islamik bagi mempopularkan segmen pelancongan patuh syariah pada bulan Ramadan mendatang.

“Sepatutnya pada bulan Ramadan ni, kita kerah rakyat agar memenuhi masjid-masjid di seluruh negeri untuk qiamullail, baca al-Quran, namun apa yang berlaku pada akhir Ramadan, tinggal satu saf sahaja.

“Kita jangan tumpu di masjid sekitar Kuala Terengganu sahaja tetapi tengok juga masjid di Setiu, Besut dan daerah-daerah lain. Sambutan pada akhir Ramadan jauh ketinggalan berbanding di negeri-negeri lain,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Sebelum ini, penganjuran beberapa program pelancongan mencetuskan kontroversi penyebaran video hiburan pada waktu malam sehingga persembahan buskers tidak dibenarkam membuat persembahan pada 10 hari terakhir Ramadan.

Riduan percaya pelancong tetap akan mengunjungi negeri ini pada bulan Ramadan biarpun tanpa penganjuran program melalaikan.

Beliau berkata, Pas perlu memenuhi manifestasi pengundi yang mahu Terengganu ditadbir mengikut syiar Islam dengan memberi kemenangan mutlak 32 kerusi DUN dan lapan Parlimen pada Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI