fbpx

Jalan kosong, rumah juga yang dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebuah kereta merempuh rumah tanpa penghuni. - X

TENERIFE, PULAU CANARY – Sebuah rumah musnah dirempuh dua kereta yang menyertai perlumbaan ‘rally’ di Pulau Canary, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pulau percutian popular itu mengalami hujan dan cuaca berkabus ketika Perlumbaan Utara Tenerife ke-41 berlangsung hujung minggu lalu.

Jalan licin mengakibatkan pelumba-pelumba  sukar mengawal kenderaan mereka.

Dua kereta lumba terbabas di lokasi sama pada waktu berbeza. Sebuah sebuah rumah tanpa penghuni ranap dalam kemalangan itu.

Insiden pertama menyaksikan pelumba  Russia, Alexey Lukyanuk terbabas di laluan sama dan  merempuh bahagian tepi rumah tersebut.

Pengadil menghentikan perlumbaan buat seketika untuk memeriksa keadaan sebelum membenarkan pertandingan disambung semula.

Namun, tidak lama  kemudian, satu lagi kemalangan berlaku di tempat sama apabila kereta dipandu pelumba tempatan, Yeray Lemes terbabas dan sekali lagi merempuh rumah tersebut.

Hartanah  itu runtuh, mengejutkan penonton yang menyaksikan perlumbaan itu.

Tidak dinyatakan sama ada pemilik rumah menerima pampasan, namun orang ramai mendesak agar dia diberikan ganti rugi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI