fbpx

Insiden Putra Heights bakal hangatkan sidang DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang rosak dan terbakar akibat kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

SHAH ALAM- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka panas dengan isu tragedi letupan paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu.

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, beliau menjangkakan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan membahaskan tragedi berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian supaya insiden sama tidak berlaku pada masa akan datang.

“Saya berharap perbahasan yang lebih rancak mengenai isu ini ketika sidang DUN yang akan datang.

“ADUN boleh bertanyakan soalan serta cadangan mereka mengenai insiden tersebut seperti soalan ada keperluan untuk melihat semula pembinaan bangunan atau infrastruktur di kawasan berdekatan laluan paip gas di Selangor,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Weng San meminta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bersedia dengan jawapan daripada soalan yang bakal ditanya oleh pihak ADUN. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI