fbpx

Hanya 1,800 pekerja sendiri carum SKSPS Perkeso di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (tiga tiga dari kanan) beramah mesra dengan pengamal media yang hadir pada Majlis Aidilfitri di Pejabat Perkeso Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Hanya 1,800 individu kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) di Kelantan setakat ini.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, jumlah itu masih rendah dan berharap lebih ramai individu bekerja sendiri akan mencarum selepas ini.

Katanya, Perkeso Kelantan menyasarkan sekurang- kurangnya 10,000 OBS mencarum SKSPS setiap tahun.

“Setakat ini, seramai 1,800 OBS mencarum SKSPS dengan pihak Perkeso. Kita yakin jumlah itu akan meningkat sebelum akhir tahun ini.

“Berdasarkan rekod, seramai seramai 16,000 OBS mencarum SKSPS di Kelantan pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri di Pejabat Perkeso Kelantan di sini hari ini.

Nora memberitahu, menerusi skim tersebut, kerajaan memberi inisiatif dan peluang kepada OBS apabila yang hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM70 atau 30 peratus sahaja, manakala 70 peratus lagi ditangggung kerajaan.

Katanya, selain itu, Perkeso juga melaksanakan Bulan Pemutihan pada bulan ini bagi memberi peluang kepada semua majikan untuk mendatfar dan mencarumkan kepada pekerja yang digajikan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI