fbpx

Dokumentari khas buat Pak Lah – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Tun Abdullah di Masjid Negara di sini hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan menyiarkan semula dokumentari khas serta profil pencapaian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai usaha mengenang jasa dan legasi bekas Perdana Menteri Kelima itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dokumentari itu adalah untuk tatapan generasi muda bagi memahami sumbangan besar Allahyarham terhadap negara.

“Saya akan minta supaya profil dan sedikit dokumentari tentang apa yang telah berjaya dilaksanakan sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Kelima dapat diulang siar sebagai tatapan utama generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, Allahyarham disifatkan sebagai seorang negarawan yang membumi dan sangat dekat di hati rakyat.

“Memetik kata-kata Perdana Menteri, Allahyarham adalah seorang negarawan yang sangat membumi. Saya juga secara peribadi turut bersedih dan ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang memperkenankan jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Pahlawan sebagai penghormatan tertinggi negara.

Jenazah Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI