fbpx

Dendam punca lelaki ditetak ketika merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian seorang lelaki ditetak dengan parang yang tular di media sosial.

SEREMBAN – Gengsterisme dan dendam dikatakan punca seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga kejadian itu tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 8.15 malam tadi melibatkan mangsa lelaki berusia 40 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian itu di sebuah pusat beli-belah di Seremban ketika mangsa sedang berehat seorang diri sambil merokok.

“Mangsa kemudian dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang berlari dari eskalator aras bawah. Salah seorang daripada mereka memegang parang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohamad Hatta, mangsa tidak sempat mengelak selepas dilibas berkali-kali oleh suspek sebelum diselamatkan rakannya yang melihat kejadian itu.

‘Lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital. Mangsa mengalami kecederaan luka pada kedua-dua belah lengan, belakang badan dan kaki kanan namun keadaannya stabil,” katanya.

Polis sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dan usaha mengesan serta menangkap lelaki itu sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI