fbpx

Banjir kilat jejas Lebuh Raya Pasir Gudang, sesak satu kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBUH RAYA Pasir Gudang berhampiran persimpangan bertingkat Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor Bahru dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat di hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Hujan lebat selama hampir dua jam sejak pukul 4.30 petang tadi menyebabkan air naik setinggi 0.5 meter di Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran persimpangan bertingkat Taman Rinting, di sini.

Kejadian banjir kilat itu menyebabkan kesesakan lalu lintas arah ke Permas Jaya sepanjang hampir satu kilometer.

Banyak kenderaan ringan terpaksa berhenti di tepi jalan dan sebahagiannya menukar haluan ke Taman Rinting bagi mengelak terkandas di lokasi tersebut.

Difahamkan, kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat berikutan saluran air menuju ke longkang berdekatan tersumbat.

Beberapa pengguna jalan raya yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian sama berulang, terutamanya ketika waktu puncak.

Setakat pukul 6.30 petang tadi, air masih bertakung di beberapa laluan dan bilangan kenderaan makin meningkat sehingga berlaku kesesakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI