fbpx

Ayu berselendang, Michelle Yeoh hadiri pengebumian Tun Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenang Oscar kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh dilihat memberi penghormatan terakhir buat bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Allahyarham Tun Abdullah.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat menghadiri majlis pengebumian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.

Kelibat pelakon filem Wicked yang juga pemenang trofi Oscar itu sempat dirakam oleh petugas media yang membuat liputan di sana.

Ayu berselendang, ramai netizen yang memuji aktres yang berasal dari Ipoh, Perak itu kerana sanggup hadir memberikan penghormatan terakhir buat negarawan itu.

“Masya-Allah. Ini sangat tidak dijangka. Ramai sayang Pak Lah,” komen netizen.

Selain Michelle, antara selebriti popular yang dilihat turut menghadiri majlis pengkebumian itu ialah penyanyi, Datuk Ramli Sarip.

Majlis pengebumian tersebut turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI