fbpx

Ahli Parlimen Raub, Pengerusi Samka dibebas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yu Hui (kanan) dan Wilson (tengah) dibebaskan dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub pagi ini.
RAUB – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini dibebaskan hari ini.
Kedua-dua individu itu dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 11.30 pagi tadi.
Samka dalam satu kenyataan berkata, Yu Hui menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak yang menyatakan solidariti termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ahli-ahli CEC dan Pengerusi DAP Pahang, Lee Chin Chen serta barisan kepimpinan negeri.
Beliau berkata, penahanan mereka bukan satu jenayah, sebaliknya demi memperjuangkan hak pekebun durian yang sekian lama berusaha mendapatkan pengiktirafan yang sah.
“Para pekebun sebenarnya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri. Sejak lima hingga enam dekad lalu, mereka berusaha memohon geran tanah dan permit penanaman sementara.
“Sekali pun wujud campur tangan syarikat besar, asalkan pekebun dilayan dengan adil kami sedia berbincang dan bekerjasama,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata,  Yu Hui dan Wilson dibebaskan setelah proses merakam keterangan selesai hari ini.
“Mereka dibebaskan masing-masing dengan seorang penjamin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN