fbpx

Wanita bongkar bekas suami rakam kakak ipar, anak saudara mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah merakamkan video kakak ipar serta anak saudaranya mandi di dalam tandas menggunakan kamera pengintip berbentuk pen.

Menurut sumber, kejadian tersebut dibongkarkan sendiri oleh bekas isteri suspek yang
tampil membuat laporan polis pagi tadi ekoran bimbang dengan kejadian tidak diingini pada masa hadapan.

Ujarnya, pengadu yang berusia 27 tahun mendakwa telah menemui alat perakam tersebut ketika dia dan suspek masih bersama dan menetap di Lereh, Tanjung Kling, pada tahun lalu.

“Pengadu menemui pen itu di dalam beg suspek dan apabila disemak ia mengandungi beberapa klip video dan gambar pengadu, dua kakaknya berusia 38 dan 40 tahun serta anak saudara perempuannya 14 tahun sedang mandi.

“Perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan suspek yang berusia 35 tahun sejak Jun hingga Oktober tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan di telefon bimbit suspek juga didakwa menjumpai video rakaman kakaknya berada di dalam bilik tidur yang dirakam secara curi-curi.

“Pengadu ada bertanyakan hal tersebut kepada suspek pada Oktober tahun lalu namun lelaki itu memberikan alasan telah tersilap meletakkan alat tersebut di dalam bilik air keluarga iparnya.

“Selepas kejadian tersebut pengadu telah meminta cerai dan berpisah pada Januari lalu,”ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI