PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa sedih melihat keadaan rumahnya seperti tongkang pecah, selepas dimasuki monyet liar yang menceroboh kediamannya melalui tingkap di bahagian dapur.
Menerusi video berdurasi 44 saat dimuat naik pengguna TikTok@mohdhazeri_niatibarahim, memperlihatkan kerosakan antaranya bahagian siling ruang tamu, makanan bersepah dengan pelbagai barangan jatuh ke lantai selain sampah berterabur di lantai.
“Dugaan buat aku sekeluarga. Monyet masuk rumah buat kali kedua, hancur segala apa yang ada kat dapur. Astaghfirullah rumah aku, ya Allah monyet masuk habis hancur berderai rumah aku. Apa nak jadi lailahaillallah, tengok habis semua.
“Apa dugaan ya Allah, habis nampak. Nampak habis rumah aku, peti ais pun dapat buka, hancur berderai dia dapat pecahkan cermin (tingkap) belakang,” katanya menerusi video berkenaan.
Perkongsian itu mendapat simpati daripada orang ramai dan ada juga berkongsi pengalaman sama rumah mereka sering diceroboh oleh monyet liar selain ada yang mencadangkan lelaki itu membela anjing.
“Rumah saya pernah, habis satu rumah kotor dengan dapur semua bersepah. Allah saja yang tahu apa perasaan masa tu. Dengan najis dia sapu kat dinding, seminggu rumah bau busuk,” komen seorang pengguna TikTok.
“Rumah saya pun pernah masuk banyak kali. Ada sekali buat saya menangis semahu-mahunya, baru balik belanja barang rumah RM200 lebih, tapi semua habis. Rasa terduduk. Saya rumah kampung, tak boleh tahan terpaksa bela anjing untuk halau monyet. Tapi anjing ditambat tak bagi lepas, sekarang alhamdulillah tak ada datang masuk rumah lagi,” kata seorang lagi pengguna.
“Cuba bela anjing seekor bang. Memang tak berani monyet nak datang lagi,” cadang seorang individu. – KOSMO! ONLINE
@mohdhazeri_niatibarahim Dugaan bt aku sklrga,monyet masuk umh bt kali ke2,hancur sgla ap yg ad kt dapur😭 #dugaankehidupan #angkaramonyet #monyetiblis #tetamuraya ♬ bunyi asal – Niatjibril