fbpx

[VIDEO] Nasi kerabu RM44 daging keras macam batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi kerabu dengan daging didakwa berharga RM44, namun lauk tersebut dikatakan keras seperti batu.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan kecewa apabila dikenakan bayaran RM44 untuk nasi kerabu daging, namun lauknya didakwa keras seperti batu.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok umairah_halim, harga berkenaan terlalu mahal dan tidak sepadan dengan daging yang diterima.

“Mulo tu dengar 14 ya (mula tu dengar RM14), aponyo keno 44 ya (apanya kena RM44). Tok laki aku oyak kalu 30 ya boleh kiro lagi (suami aku cakap kalau RM30 boleh kira lagi).

“Aku rasa lada solok tambah daging. Dio guno (dia guna) wagyu kali gak (agaknya), tapi kerah po batu daging dio (keras macam batu daging dia),” luah wanita tersebut.

Dia tidak memaklumkan lokasi premis berkenaan, namun berdasarkan ‘hashtag’ berkemungkinan dibeli di pasar pagi di Seksyen 13, Shah Alam.

Menjawab salah satu komen, wanita itu berkata, sekiranya peniaga mahu menjual nasi kerabu dengan harga mahal, ia perlu sepadan dengan menu tersebut.

“Nak jual murah boleh, jangan sampai mati modal. Nak jual mahal sikit pun boleh, tapi biar sepadan dengan barang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang sependapat dengan wanita itu. Harga RM44 untuk nasi kerabu lauk daging terlalu mahal dan mereka turut membandingkan menu sama di tempat lain.

“Mahal betul, saya makan nasi kerabu lemak bakar dan solok lada baru RM9. Kat Kelantanlah,” komen seorang pengguna TikTok.

“RM44 baik beli tiket bas balik kampung, beli (nasi kerabu) dalam RM3, RM4 sebungkus. Boleh makan, boleh jumpa mak. Tambah RM10 saja,” kata pengguna lain.

“Pakai beras basmati ko gano ni (ke macam mana ni). Ikan salmon ke tu,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

@umairah_halim Mulo tu dgr 14ya . Apo nyo keno 44ya 😆 toklaki ak oyk klu 30ya blh kiro lg . Ak rase kih lado solok n tambh dging . Dio guno dging wagyu kli gk tpi kerah po batu dging dio 🤣 #nasikerabu #seksyen13 #pasarpagi #shahalam ♬ original sound – putrashafieMY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI